1 mudah.com | <b><b>rumah sewa di kuching</b></b> - Come Sarawak |
- 1 mudah.com | <b><b>rumah sewa di kuching</b></b> - Come Sarawak
- <b>Rumah Sewa Di Kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak
- Mencari housemate di <b>kuching</b> | <b>Rumah Sewa</b>
1 mudah.com | <b><b>rumah sewa di kuching</b></b> - Come Sarawak Posted: 23 Nov 2013 11:02 PM PST Beberapa hari lepas, Zam sibuk mencari hotel-hotel budget disekitar bandaraya Kuching atas permintaan pelanggan Zamtransportation. Ada diantara hotel yang menawarkan rate RM50 sehari tetapi Zam masih tidak berpuashati dari segi keselesaan dan keselamatan yang diberikan. Tak sampai hati pulak nak rekomen yang macam tu kat customer. Nak upload gambar dalam blog ni pun rasa Zam serba salah. Kesimpulannya, rata-rata hotel yang selesa dibandaraya Kuching menawarkan rate sekitar RM100 keatas. Namun terdapat sebuah rumah kedai yang menyewakan bilik-bilik sewa serendah RM37 sehari dipusat bandaraya. Bilik Sewa Ezul terletak di Jalan Tun Ahmad Zaizi Adruce berdekatan Satok bersebelahan dengan Palm Hotel. Mula-mula sampai kat area tu memang tak nampak sebarang Papan Tanda bilik sewa, hanya terdapat poster-poster yang ditampal di tepi dinding bangunan dan di anak tangga naik ke rumah kedai. Bilik-bilik tersebut boleh disewa secara harian, mingguan dan bulanan. Room Rate serendah RM27 sehari untuk kipas dan RM37 sehari untuk aircon ini hanya boleh muat 2 orang sahaja. Sesuailah sangat-sangat kepada mereka yang bercuti dengan kos budget. Terdapat 7 bilik aircon dan 3 bilik kipas yang boleh disewa. Dilengkapi TV bewarna dan bilik mandi masing-masing. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi; Mohd Faizul : 010-9712089 atau secara terus melalui saya Zamtransportation: 016-8620967 Terima kasih. |
<b>Rumah Sewa Di Kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 17 Nov 2013 11:30 PM PST Mc ada terbaca di blog Sangkakala bahawa kerajaan negeri Selangor mengenakan kenaikkan sewa rumah PPR hampir 100%. Kita semua sedia maklum bahawa rumah PPR untuk mereka yang berpendapatan rendah saja. Kalau naik sewa macam tu, pasti ianya menyusahkan rakyat. Kerajaan Selangor melalui syarikat yang diberikan kuasa untuk menjalankan kutipan sewa kepada penyewa PPR nampak gayanya cuba menipu mereka untuk menaikkan harga sewa kediaman mereka dari RM 124 kepada RM 250 sebulan. Daripada surat pekeliling yang diedarkan kepada penduduk atau penyewa yang membayar sewa sebanyak RM 124 jelas kerajaan negeri sudah mula menggula gulakan mereka dengan pemberian khairat kematian kononnya. Syarikta perumahan dan hartanah Selangor SDN BHD telah mengeluarkan sirat seperti diatas dan kononnya jika mereka tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut maka nama mereka akan dipamerkan di blok masing masing untuk dibuat semakan dan mendapat persetujuan daripada penduduk atau penyewa lain sama ada mereka layak atau tidak untuk membuat bayaran sebanyak RM 124. Apa yang Sangkakala maksudkan sebagai gula gula ialah, mereka dikatakan akan dilindungi oleh khairat kematian yang mana jika penama meninggal dunia, maka mereka layak untuk membuat tuntutan sebanyak RM 1000, pasangan RM 500 dan anak anak juga sebanyak RM 500. Persoalannya disini, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 ini benar benar berkemampuan? Ada di kalangan mereka ini sudah berumur melebihi dari 60 tahun dan mereka ini adalah dikalangan warga emas. Kerajaan Selangor jangan la cuba nak tipu orang ramai khususnya mereka yang menyewa di PPR ini seolah olah mereka terlalu bodoh hingga tak mampu untuk berfikir dengan waras. Jika selama ini mereka membayar sewa sebanyak RM 124 sebulan atas dasar apa ianya hendak dinaikkan? Lagi satu soalan Sangkakala, bukankah EXCO Perumahan Selangor telah mengatakan bahawa tidak ada kenaikan terhadap penyewa penyewa ini dan adakah dengan cara sebegini membolehkan kerajaan Selangor menaikkan sewa secara paksa tanpa disedari? Sangkakala mengandaikan bahawa mereka ini cuba dianiaya oleh kerajaan Selangor melalui anak syarikat kerajaan Selangor sendiri kerana, jika nama mereka diletakkan di blok masing masing, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 250 akan bersetuju dengan kadar bayaran yang diterima oleh mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 selama ini? Itu juga sebab kenapa Sangkakala mengatakan bahawa kerajaan Selangor cuba untuk memaksa mereka membayar sewa sebanyak RM 250 dan alasan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri nanti sudah pasti penduduk lain tidak bersetuju dan mereka ini akan terus diminta untuk membayar sewa sebanyak RM 250. Sangkakala difahamkan bahawa mereka yang dipindahkan daripada setinggan di sekitar Selangor diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM 124 dan bagi mereka yang membuat permohonan untuk menyewa maka mereka ini perlulah membayar sewa dengan kadar RM 250 sebulan. Dan kini mereka yang membayar sewa dengan kadar RM 124 dipaksa secara profesional oleh kerajaan negeri yang kononnya akan bertanya kepada penduduk lain dan jawapan yang sudah pastiakan diberikan nanti ialah mereka yang membayar sewa ini dikatakan tidak layak untuk mengekalkan sewa mereka dan sewa mereka akan dinaikkan dari RM 124 kepada Rm 250 sebulan. Adakah ini keadilan dan kebajikan kepada rakyat yang diwar warkan oleh kerajaan Selangor dan dari pengamatan Sangkakala, mereka ini majoritinya adalah dari kalangan orang Melayu dan dimana lafaz sumpah Menteri Besar dihadapan DYMM Sultan Selangor bahawa beliau akan menjaga kebajikan orang Melayu dan agama Islam? Penipuan demi penipuan dilakukan kepada rakyat Selangor oleh kerajaan negeri cuma ianya terselindung atau secara terang terangan. |
Mencari housemate di <b>kuching</b> | <b>Rumah Sewa</b> Posted: 04 Dec 2013 09:07 PM PST Publish date: December 5, 2013 5:07 am ASSALAMUALAIKUM. KAMI SEDANG MENCARI SEORANG (1) SAHAJA HOUSEMATE UNTUK MEMENUHI KUOTA SATU RUMAH DUA TINGKAT EMPAT(4) ORANG PENGHUNI SAHAJA. TIDAK MAHU LEBIH. SEMUA SUDAH ADA (FULLY FURNISHED) : RUANG RUMAH SANGAT2 SELESA. KEMASUKAN BULAN JANUARI 2014. SMS/ EMAIL / WHASAPP SAHAJA (busy kerja) : SERIOUS TENANT ONLY. keutamaan akan diberi kepada: ciri2 wajib : |
You are subscribed to email updates from rumah sewa di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |